TELEGRAM BOT GEOGRAFI

Tentunya anda pernah dengar atau guna aplikasi seperti "Hello, Siri", "Hi, I'm Cortana. I'm here to help you.", "Hello, Google".  Semua ini merupakan sejenis "bot" iaitu satu aplikasi yang menjalankan tugas secara automatik dan tugas yang berulang-ulang seperti menetapkan peringatan (set reminder), alarm, maklumat tentang cuaca dan mencari maklumat di laman web.  "Bot" adalah singkatan daripada perkataan "robot".  

Tahukah anda telegram juga mempunyai "bot".  Telegram bot biasanya mempunyai fungsi AI.  Ada yang dibina untuk mencari gambar, video, menterjemah, menghantar command, menjual barangan dan macam-macam lagi mengikut kreativiti penciptanya.

Baru-baru ini saya berjaya membina satu telegram bot untuk mengajar mata pelajaran Geografi Tingkatan 3.  Bot ini boleh dipanggil untuk menjana nota, latihan, video dan permainan yang berkaitan dengan topik tertentu dalam sukatan pelajaran geografi Tingkatan 3.

Kenapa saya nak membuat telegram bot ini?
Ya, sebab saya suka meneroka benda baharu. Bagi saya telegram bot adalah satu ilmu baharu yang luas potensinya dalam arena pendidikan di Malaysia.  Masih tidak ramai orang yang tahu tentangnya, malah menggunakannya atau membinanya.

Sebab yang satu lagi ialah berpunca daripada suasana pandemik ini yang menjejaskan pelaksanaan pdpc bersemuka.  Cara komunikasi dengan murid menggunakan Whatsapp dan Telegram sukar menyebabkan maklumat yang dihantar awal itu akan tenggelam dan sukar dicari. Apatah lagi kumpulan chat itu mempunyai ramai murid, ada kumpulan yang terdiri daripada ibu bapa, atau terdiri daripada guru-guru lain.  

Selain itu, pada awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) saya menggunakan Google Classroom untuk menghantar latihan kepada murid. Ramai adik-beradik dalam satu keluarga menggunakan peranti untuk login juga menyebabkan password ditukar-tukar.  Namun, ramai murid mengatakan kesukaran untuk login, ada yang kata lupa username dan password.  Setiap kali saya perlu maklumkan guru bestari untuk set semula password murid.  

Pada bulan Jun, saya telah mengikuti Kursus Guru Digital Learning + (KGDL+) yang dianjurkan oleh KPM, JPNS, Arus Academy dan PWC.  Salah satu slot dalam kursus ini kami didedahkan dengan fungsi telegram bot.  Lepas itu, saya membaca bahan tutorial yang diberikan dan mula belajar membina bot ini.  Hei! Rupa-rupanya tidak susah seperti yang disangka.

KELEBIHAN TELEGRAM BOT GEOGRAFI

1.  Percuma. Tiada iklan.
2. Boleh digunakan dengan pelbagai peranti dengan signup guna satu nombor telefon sahaja.
3. Tidak mengambil banyak data telefon sebab ia mempunyai cloud storage untuk menyimpan fail. Fail tidak akan hilang.
4.  Responds dengan cepat dan tidak perlu masa loading yang lama.
5.  Boleh guna bila-bila masa sebagai pembelajaran kendiri.


APA YANG PERLU ADA UNTUK MEMBINA TELEGRAM BOT?

1.  Pastikan semua bahan pdpc yang hendak dimuatnaik telah disediakan dan disimpan dalam google drive (sebab nanti kita perlu meletak pautannya dalam bot)
2.  Aplikasi telegram guna nombor telefon bimbit sendiri
3.  Bot lain untuk membina (botfather dan menu builder bot)

APA YANG MENARIK DENGAN TELEGRAM BOT GEOGRAFI?

1.  Boleh navigasi dengan mudah
2.  Mengandungi :
  • Nota dalam bentuk google slides
  • Latihan dalam bentuk google slides/ google docs/ google form
  • Video dari Youtube
  • Kuiz dalam bentuk google form
  • Permainan  
  • Google Earth 
  • Pelbagai animasi yang menarik 
  • interaktif (boleh tanya guru jika adalah kemusykilan)
  • ada poll untuk mendapat pandangan murid
3.  Lepas guna, boleh delete semua dengan klik "clear history"
4.  Jika hendak membuka bot semula hanya perlu klik /start 

PERTANYAAN MURID

Antara soalan yang ditanya murid menggunakan fungsi dalam telegram bot ini serta responds saya.







MAKLUM BALAS

Inilah maklum balas daripada murid dan guru yang menggunakan telegram bot saya.  Rata-rata semua suka dengan ilmu baharu ini dan rasa teruja seperti saya.










NAK BELAJAR BINA BOT?

Tontoni video 10 minit ini.



Melalui inovasi ini, saya berjaya mendapat Anugerah Guru Inovatif Naib Johan untuk kategori individu sekolah menengah sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sarawak pada 18 Ogos 2022.



No comments:

Post a Comment