BINA KUIZ MENGGUNAKAN TELEGRAM


MULTIPLE QUIZ QUESTIONS WITH TIMER 

Tahukah anda kita boleh buat banyak soalan kuiz menggunakan telegram?

Contoh di bawah ini saya buat 3 soalan. Kita boleh letak tajuk untuk kuiz, set timer dan shuffle untuk soalan tersebut. Soalan boleh ditambah, edit. Lepas murid jawab, kita dapat lihat data jawapan murid. Canggih betul!




Caranya masuk @QuizBot dalam butang search dalam telegram. Selamat mencuba!
Memandangkan kuiz ini ada timer, berdebar-debar murid jawab. Ready, get set, go!
Sangat menyeronokkan.

LANGKAH

1. Dalam telegram search bar, taip QuizBot dan klik enter.


2. Selepas masuk QuizBot, mula bina soalan dengan klik /newquiz




3. Lepas itu, mula bina soalan dengan klik "CREATE QUIZ"

4. Mula dengan taip Tajuk dahulu, contohnya: SISTEM BUMI

5. Kemudian anda diminta memberi deskripsi tentang tajuk... Contohnya: Tingkatan 4

6. Mula taip soalan. Soalan jangan terlalu panjang. Guna bahasa yang mudah difahami, pendek dan ringkas.

7. Taip pilihan jawapan.

























8. Klik jawapan yang tepat. Done.

9. Letak timer (paling sesuai 30 saat hingga 1 minit untuk setiap soalan). Done.

10. Jika kita nak shuffle soalan, klik yes. (maksudnya susunan soalan akan berubah setiap kali kuiz itu dibuka /start)

11. Lepas kuiz yang dibina sudah siap, boleh minta murid jawab dengan klik "START QUIZ IN GROUP", dan hantar ke group telegram murid.

12. Jika kita nak kongsi soalan tersebut dengan guru lain di group telegram lain, kita perlu klik "SHARE QUIZ" dan hantar ke group tersebut.






13. Pastikan anda klik kotak yang berwarna putih untuk share.







CHECK QUIZ

1. Untuk semak kuiz-kuiz yang telah dibina, anda boleh taip /quizzes dalam QuizBot anda.




2. Senarai kuiz yang anda bina akan muncul seperti berikut. Anda dapat lihat bilangan orang yang telah menjawab kuiz anda dengan klik link di dalamnya, kemudian klik Quiz Stat






PERTANYAAN GURU

Bagaimana saya nak tengok ranking murid saya kalau kuiz ini telah dikongsi guna oleh ramai guru?

Jawapan:

Bila tamat sahaja kuiz, ranking murid keluar secara automatik. Saya telah cuba dengan 2 kelas saya tadi, data murid kelas itu masih boleh dibaca dan tidak campur dengan kelas lain. Hanya dalam rekod pembina kuiz sahaja ia campur.


PERTANYAAN GURU

Ada had masa tak cikgu... Contoh, bila saya share quizbot sekarang, murid yang jawab esok pagi masih boleh jawab? Atau sesi soalan telah tamat?

Jawapan:

Cikgu boleh ambil kuiz yang telah dikongsi oleh guru lain dari channel https://t.me/Qgeo2020 ,klik start kuiz in group. Klik group murid, enter. Tapi, kena suruh semua murid bersedia sebab kuiz telah pos dalam group ia akan start apabila 2 orang murid klik "I am ready". Biasanya saya akan lantik 2 orang murid untuk klik "I am ready".  Suruh murid lain jangan klik apa-apa, tunggu countdown 5 saat dengan senyap sehingga kuiz itu bermula. Kalau timer untuk kuiz adalah 30 saat, tamat tempoh 30 saat soalan yang kedua akan muncul. Murid jawab. Habis semua soalan siap, keputusan akan keluar secara automatik. Jika ada murid yang sudah ambil kuiz itu hendak mencuba lagi, kuiz boleh share secara individu kepada murid tersebut.  Murid itu hanya perlu "start this quiz". Ia akan start semula.  Keputusan murid tersebut akan terpapar selepas kuiz itu selesai dijawab.





CONTOH ARAHAN KEPADA MURID SEBELUM KUIZ BERMULA:




Maklum balas murid selepas selesai jawab kuiz






Betapa seronoknya murid!

No comments:

Post a Comment