GOOGLE EARTH

Tahukah anda kita boleh membina bahan pdpc menggunakan aplikasi Google Earth?  Mula-mula anda perlu sign-up guna akaun gmail atau akaun moe.  Kemudian "Create project", pilih "create project from google drive". Anda juga boleh buat projek guna KML File yang boleh dapat dari laman web, contohnya fail tentang pergerakan plat tektonik.  



Langkah membuat projek google earth:

  1. Taip tajuk
  2. Cari lokasi tempat guna fungsi "search to add place"
  3. Jika anda tahu lokasi, boleh terus "drag and drop" dengan klik "add placemark"
  4. Fungsi no. 4 iaitu "Draw line or shape" boleh digunakan untuk melukis kawasan yang diperlukan.
  5. "Fullscreen slide" boleh digunakan untuk menaip nota atau pengenalan kepada topik.
  6. Selepas letak lokasi tempat, anda boleh letak tajuk/ nama tempat tersebut.
  7. Di petak di atasnya, letak gambar dengan google search sahaja. Selain gambar anda juga boleh insert video atau pautan/ url.  Biasanya saya insert url untuk permainan seperti wordwall di sini.
  8. Di kotak no, 8, anda boleh tulis nota untuk lokasi tersebut.
  9. Dari dropdown list, anda boleh pilih sama ada gambar untuk lokasi tersebut ada memaparkan nota atau tiada nota.
  10. Kemudian, saiz pin juga boleh diubah di sini.
  11. Anda juga boleh ubah warna pin tersebut.




  Jom! Lihat contoh beberapa topik geografi yang saya bina menggunakan Google Earth.

1.  BANGUNAN HIJAU DI DUNIA

2.  PENGURUSAN HUTAN DI MALAYSIA

3.  KITAR SEMULA DI NEGARA LAIN

4.  SUMBER TENAGA DI DUNIA

5.  BENTUK MUKA BUMI HAKISAN OMBAK

6.  BENTUK MUKA BUMI PEMENDAPAN OMBAK

7.  KESAN TABURAN PENDUDUK PADAT DAN PENDUDUK JARANG

8.  FOTO

9.  EMPANGAN DI MALAYSIA




No comments:

Post a Comment