ZipGrade...soalan aneka pilihan

ZipGrade adalah sejenis apps yang amat berguna untuk menyemak soalan aneka pilihan, seperti ABCD, ABCDE, Ya, Tidak, True, False.  Kali pertama guna pada masa peperiksaan bulan Mac, seronok betul.  Cepat dan berkesan dengan analisis item sekali.  Satu apps yang memang amat membantu dalam melicinkan kerja.  Jika download versi percuma, kita dapat scan sebanyak 100 kali untuk satu bulan.  Tapi jika nak scan secara tiada had, boleh beli dengan harga RM29.90 setahun.




Alat yang diperlukan:
  1. telefon bimbit (ios / adroid)
  2. install ZipGrade pada telefon bimbit

Apa yang perlu dilakukan:
  1. masukkan nama pelajar, nama kelas
  2. letak id pelajar (saya guna 2 digit sahaja untuk memudahkan saya membuat kertas jawapan sendiri)
  3. masukkan nama peperiksaan (saya guna latihan)
  4. masukkan jawapan


Custom answer sheet wizard boleh digunakan jika kita tidak mahu menggunakan kertas jawapan objektif yang sedia ada.  ZipGrade memberi kita secara percuma kertas jawapan yang mempunyai 20 soalan, 50 soalan dan 100 soalan.  Tetapi, kita juga boleh membina kertas jawapan sendiri.

 Mula dengan create nama kuiz.  Saya guna nama kod kertas 1 Geografi SPM (2280/1).

Ini adalah contoh maklumat yang saya masukkan untuk membina kertas jawapan.

Saya uncheck kotak Key sebab saya tidak mahu ia kelihatan pada kertas jawapan.



Add multiple-choice questions adalah untuk membina soalan objektif biasa.  Kita boleh pilih bilangan soalan yang hendak diletak dalam kertas jawapan serta pilihan jawapannya.  Saya guna ABCD untuk pilihan jawapan.  Kita juga boleh letak jawapan betul salah (BS).





Jika saya ingin membina 5 soalan pilihan betul/salah, klik pada Add Verbose Label Questions seperti yang ditunjukkan di atas.  Lepas siap, klik publish.



Ini dia! Kertas jawapan yang custom made.  


Kelebihan ZipGrade ialah selepas semua kertas jawapan pelajar diimbas dengan menggunakan telefon bimbit, analisis item akan dijana seperti yang ditunjukkan diatas ini.  Memang best!

No comments:

Post a Comment