Jom! Main tarsia...

Mari main tarsia. Tarsia merupakan sejenis permainan yang melibatkan kesemua elemen 4C dalam PdPc. (communication, collaboration, critical thinking and ceativity).

Anda perlu log masuk laman web tarsia , download dan install aplikasi ini.  Cara membina tarsia juga boleh dibaca dalam laman web tersebut.

Terdapat pelbagai bentuk jigsaw puzzle yang boleh dipilih.  Untuk mata pelajaran Geografi, biasanya saya menggunakan Standard puzzle.  Beza antara Standard Puzzle dan Extended Puzzle ialah Extended Puzzle adalah lebih mencabar minda sebab ia tidak mempunyai bahagian tepi yang kosong.

Sebelum menaip soalan, kita perlu pergi ke "Style" dan pilih style yang kita nak.  Style yang default adalah "maths".  Jika hendak menaip perkataan atau ayat, perlu tukar "style" kepada "text".

Pada mulanya saya juga membuat kesilapan sebab tidak menukar style.  Secara tidak sedar bahawa ayat yang keluar menjadi bercamtum.   Tak apalah, belajar dari kesilapan.  Selain daripada perkataan, kita juga boleh masukkan gambar rajah ke dalam tarsia.

Lepas siap, saya cetak guna kertas berwarna, kemudian laminate supaya ia tahan lama.







Lepas digunting, saya letak dalam sampul surat. Saya buat sebanyak 10 set.

Semasa PdP dalam kelas, pelajar akan diagih kepada 4 orang satu kumpulan untuk memainkan permainan ini.  Maklumlah kelas saya besar, jumlah 40 - 44 orang setiap satu kelas.








Tarsia juga digunakan untuk aktiviti ko-kurikulum.








No comments:

Post a Comment