Cara menggunakan Aurasma tidak akan dibincang di sini sebab anda boleh browse sendiri dengan google search.
Saya ingin menunjukkan cara membuat aurasma dengan menukar slaid powerpoint kepada video dulu yang akan digunakan sebagai overlay. Saya sering guna cara ini untuk membuat aurasma khasnya bagi topik yang perlu menunjukkan langkah demi langkah seperti soalan pengiraan, mengukur, membina graf, melukis keratan rentas dsb.
Tujuan asal membuat aurasma ini adalah untuk membantu pelajar faham topik tertentu apabila mereka membuat ulangkaji di rumah. Ini kerana bukan semua pelajar saya dapat datang waktu cuti atau hari minggu untuk kelas tambahan. Maka, inilah salah satu cara untuk mereka explore sendiri di rumah. Mereka hanya perlu download apps aurasma, log in guna gmail dan follow akaun saya. Dengan itu, mereka dapat melihat aurasma yang saya masukkan dalam modul latihan mereka.

Langkah membuat aurasma:
- pastikan anda sudah ada animated powerpoint
- tukar ppt kpd video - buka pps, tekan win+alt+R untuk merekod (jika windows 10)
- video yang direkod adalah dlm bentuk mp4
- convert file mp4 kepada mov (buat secara online dengan percuma: http://www.online-convert.com/
- download movie file ini dan hantar ke telefon bimbit
- buka Aurasma apps dalam telefon bimbit, scan gambar dalam buku nota sebagai trigger, upload movie file tadi sebagai overlay.
- Siap!
p/s: Video perlu pendek.... beberapa saat ke 2 minit supaya pelajar tidak bosan melihatnya.
Ummm...topik apa perlu letak aurasma? Bagi saya:
- Topik yang perlu keterangan lanjut kerana dengan membaca nota sahaja, pelajar mungkin masih kurang jelas. Dengan adanya video, pelajar akan dapat rangsangan visual.
- Topik yang perlu menunjukkan langkah / proses seperti contoh yang ditunjukkan di atas.
- Fakta yang sukar diingati. Saya akan insert mnemonik sebagai rangsangan aurasma.
** Tapi sayang sekali aplikasi aurasma/ HP Reveal sekarang sudah berhenti diterbitkan dan semua akaunnya telah ditutup.
No comments:
Post a Comment