Plickers amat berguna kepada guru untuk mendapat “ instant
feedback” PdP dalam kelas.
Peralatan:
- Handphone/ tablet (adroid / ios)
- kertas & printer untuk cetak kad plickers
- laptop dan projektor (supaya pelajar dapat lihat keputusan mereka dengan segera)
Langkah:
- Guna komputer, masuk laman web https://plickers.com/ untuk sign up
- Guna handphone, masuk apps store/ play store, download Plickers
Kedua-dua laptop dan handphone perlu ada apps plickers sebab
kegunaan laptop ialah untuk guru sign in, download kad plickers dalam bentuk
pdf, cetak guna printer, taip soalan berbentuk objektif (multiple choice/ true
and false), daftar nama pelajar mengikut kelas, dan melihat analisis keputusan
pelajar dalam bentuk graf.
Kegunaan handphone pula adalah untuk scan kad plickers yang
dipegang oleh pelajar. Jangan khuatir,
betapa jauh pelajar duduk pun, handphone dapat scan jawapan mereka. Cuma kadang-kala pelajar yang duduk dekat
tingkap , kad mereka perlu kena scan beberapa kali baru dapat dikesan kerana
silau cahaya. Saya laminate kad itu,
maka keadaan silau juga berlaku di tempat yang ada cahaya. Tapi, ini hanya perkara kecil kerana selepas diimbas beberapa kali, semua kad
memang dapat dikesan.
Cetak
kad plickers
- Guna komputer, masuk laman web https://plickers.com/ untuk sign in
- Pergi ke https://plickers.com/cards, download kad yang hendak dicetak (paling kurang 40 keping, paling banyak 63 keping) ikut kesesuaian bilangan pelajar dalam kelas.
- Saya pilih 2 cards per sheet supaya tidak terlalu besar, dan boleh dilekat dalam buku nota supaya pelajar tidak menghilangkannya. Kalau guru nak simpan sendiri, lebih baik laminate. Satu set kad boleh digunakan untuk semua kelas kerana kita daftar nama pelajar dari kelas yang berlainan ikut nombor kad.
Daftar
kelas dan pelajar
- Klik “classes” dan “add new class”
- Kemudian taip nama pelajar. Secara automatik nama pelajar yang pertama ditaip akan diberi nombor 1, dan seterusnya.
Membina
soalan.
- Klik “Library”, bina folder, dan mula taip soalan.
- Memandangkan saya sudah ada bank soalan dalam ms word, saya hanya guna cara print screen atau snip dan save setiap satu soalan bersama pilihan jawapannya dalam jpeg, kemudian upload sahaja. Ini amat menjimatkan masa daripada menaip dan upload gambar.
- Lepas itu saya pilih jawapan dan save.
- Susunan soalan boleh diubah bila-bila masa.
- Klik “add to Queue” untuk pilih soalan berkenaan untuk kegunaan kelas yang terpilih seperti yang ditunjukkan dalam gambar dibawah.
Testing…
testing
Sebelum saya
menggunakan plickers dalam kelas, saya buat testing dulu di rumah. Nampaknya, Berjaya!
PdP
dalam kelas
- buka handphone, mobile data/ wifi mesti buka.
- pilih kelas, klik soalan, klik scan
- camera pada handphone akan scan kad yang dipegang pelajar
- Apps plickers pada handphone akan mengesan kad plickers dan menunjukkan jawapan yang dipilih oleh pelajar serta nama pelajar tersebut. Warna hijau menunjukkan pilihan jawapan yang betul manakala warna merah jawapan yang salah.
- Maka, guru dapat maklum balas segera daripada semua pelajar dalam kelas dalam sekali imbas sahaja. Kaedah ini amat berguna untuk guru menulis refleksi dalam PdP. Data ditunjukkan dengan segera iaitu bilangan pelajar yang memilih jawapan yang betul, dalam bentuk bilangan, peratus dan bentuk graf.
Sekiranya guru ingin memaparkan jawapan murid, guru perlu
menambah 2 alat lagi semasa PdP, iaitu computer/ laptop dan LCD Projector. Komputer tersebut juga perlu ada wifi/
online.
Memandangkan sekolah saya tiada
kemudahan ini, terpaksa saya buka hotspot handphone untuk share wifi dengan
computer saya. Komputer saya disambung
ke projector dengan menggunakan wireless display adapter.
Analisis item yang terpapar pada komputer.
No comments:
Post a Comment