QUADRANT ACTIVITY

Quadrant Activity ialah sejenis aktiviti grafik penganjur (graphic organizer) di mana satu kertas atau ruangan dibahagikan kepada empat bahagian (kuadran), dan setiap kuadran mewakili satu aspek, dimensi atau keperluan pemikiran tertentu berkaitan topik yang diajar.

Setiap bahagian boleh disesuaikan mengikut objektif PdPc dan tahap murid. Ia boleh digunakan untuk menyusun maklumat, menganalisis, membanding beza, atau membuat refleksi terhadap topik tertentu.

Quadrant activity ini sesuai dengan 4C dalam pdpc sebab melibatkan pemikiran kritikal, komunikasi, kolaborasi dan kreativity semasa menjalankan aktiviti. Setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang murid dan setiap orang murid akan menyumbang idea dengan mengisi bahagian dalam kertas kuadrant secara bergilir-gilir.

Contoh Aplikasi dalam Kelas Geografi

Tingkatan 4 – Bab 11: Taburan Penduduk Dunia
Soalan Kuadran:
Kuadran 1: Faktor fizikal
Kuadran 2: Faktor ekonomi
Kuadran 3: Faktor sosial
Kuadran 4: Faktor governan

Tingkatan 3 – Bab 3: Pengaruh persekitaran fizikal terhadap tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar
Kuadran 1: Bentuk muka bumi
Kuadran 2: Saliran
Kuadran 3: Tanih
Kuadran4: Iklim

Tingkatan 5 - Pengaruh kegiatan manusia yang mempengaruhi kepupusan tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar
Kuadran 1: Pembalakan
Kuadran 2: Pertanian
Kuadran 3: Perlombongan
Kuadran 4: Pemburuan






KESIMPULAN

Quadrant Activity adalah alat yang sangat fleksibel dan sesuai digunakan dalam PdPc Geografi kerana ia:

  • Mudah disediakan (biasanya saya akan cetak satu rim kertas dan boleh dibawa ke kelas bila-bila masa)

  • Berorientasikan murid

  • Mendorong penyertaan aktif (semua murid terlibat sebab perlu mengisi bahagian masing-masing dalam kertas kuadrant)

  • Selaras dengan keperluan kemahiran 4C