Dalam era pendidikan digital, guru tidak lagi terhad kepada kaedah ceramah atau nota semata-mata. Salah satu alat bantu mengajar yang semakin mendapat tempat dalam kalangan guru Geografi ialah Edpuzzle — sebuah platform video interaktif yang membolehkan guru menambah soalan kuiz, nota dan arahan terus ke dalam video pembelajaran.
Contoh pdpc yang menggunakan EdPuzzle: BAB 8 PROSES DAN KESAN GERAKAN JISIM. Selepas menonton video di bawah, murid perlu menjawab soalan-soalan ini berdasarkan video tersebut.
Sebagai guru Geografi, saya telah memanfaatkan Edpuzzle dalam pengajaran beberapa bab penting Tingkatan 4. Platform ini bukan sahaja membantu murid memahami konsep yang kompleks, malah menjadikan PdPc lebih menyeronokkan dan bersifat kendiri. Biasanya saya akan pilih video yang pendek dengan durasi 1 - 5 minit sahaja.
Contoh pdpc yang menggunakan EdPuzzle: BAB 8 PROSES DAN KESAN GERAKAN JISIM. Selepas menonton video di bawah, murid perlu menjawab soalan-soalan ini berdasarkan video tersebut.
(a) Apakah kesan kegiatan manusia yang ditunjukkan dalam video ini?
(b) Dari tahun 1973 - 2007, berapakah kejadian tanah runtuh terjadi di Malaysia? Berapa kematian?
(c) Berapakah darjah kecerunan yang dibenarkan untuk membangunkan projek di cerun?
(d) Apakah langkah-langkah pengawalan sebelum melaksanakan sebarang projek?
(e) Apakah kaedah untuk membina bangunan di kawasan tanah tinggi?

Contoh BAB 11 TABURAN PENDUDUK DUNIA
(a) berapa orang penduduk di dunia sekarang?
(b) berapa orang penduduk dunia menjelang tahun 2050?
(c) Nyatakan 2 kesan pertambahan penduduk kepada alam sekitar.
(d) Nyatakan 3 langkah untuk mengurangkan kesan daripada pertambahan penduduk?
Kelebihan Menggunakan Edpuzzle dalam PdPc Geografi
(a) Pembelajaran kendiri dan boleh diulang tonton.
(b) Guru dapat menjejak prestasi murid secara individu.
(c) Sesuai untuk PdPR, kelas flipped classroom, atau aktiviti pengayaan.
(d) Visual membantu murid memahami konsep abstrak.
Kesimpulan
Penggunaan Edpuzzle dalam pengajaran Geografi telah membuka ruang baru dalam PdPc saya. Ia bukan sekadar alat bantu digital, tetapi satu platform yang menjadikan pembelajaran lebih aktif, berpusatkan murid dan responsif terhadap keperluan individu.