APPS AUTO-TRANSLATE

Kita sering dengar daripada murid bahawa mereka tidak faham Bahasa Malaysia terutama di sekolah saya yang mana 61.8% murid adalah berbangsa Cina, 30.3% adalah bumiputera Sarawak dan murid berbangsa Melayu hanya 7.9%. Ada di kalangan murid datang daripada sekolah rendah yang menggunakan bahasa pengantar Bahasa Cina manakala sebahagiannya menggunakan Bahasa Inggeris di rumah.  

Murid yang lulus BM dalam peperiksaan di sekolah baru-baru ini hanyalah:

Peralihan - 48.8%

Tingkatan 1 - 32%

Tingkatan 2 - 52%

Tingkatan 3 - 33%

Tingkatan 4 - 37.5%

Tingkatan 5 - 54.6%


Ada di kalangan guru yang bukan berbangsa Cina mengambil inisiatif untuk belajar Bahasa Cina agar dapat berkomunikasi dengan berkesan dengan murid.   Maka, untuk memudahkan murid memahami teks yang dibaca sama ada dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris, saya membina satu aplikasi terjemahan ini menggunakan google scripts.


Di bawah ini menunjukkan cara penggunaan APPS AUTO-TRANSLATE tersebut.

1. Pilih bahasa yang ingin diterjemahkan.

2. Taip istilah/ frasa/ ayat/ perenggan di dalam kotak yang pertama

3. Klik "terjemah"





Senangkan? Selamat mencuba!



No comments:

Post a Comment