WordArt....kemahiran pengelasan

Word Art merupakan satu aplikasi dalam laman web yang berguna untuk kita membina bahan pencetus minda kepada pelajar.  Pendaftaran adalah percuma.  Walaupun ramai yang menggunakannya untuk membuat rekabentuk yang cantik dan kreatif untuk dinding, baju kemeja-T, cawan dsb., tapi ia sebenarnya juga boleh digunakan dalam pdpc.

WordArt 1:  Geografi Tingkatan 4, Unit 3 Luluhawa
Selepas topik ini diajar, WordArt 1 boleh diberikan kepada pelajar untuk proses penilaian.
Hasil pembelajaran:  Pelajar boleh menghasilkan peta I-think dengan mengkategorikan 3 jenis luluhawa serta prosesnya.






Di bawah ini adalah di antara WordArt yang saya buat untuk pdpc.

WordArt 2:  Geografi Tingkatan 4, Unit 2 BMB dan proses pembentukannya
Hasil pembelajaran:  Pelajar boleh menghasilkan peta I-think dengan mengkategorikan 2 proses pembentukan plat tektonik serta bentuk muka bumi yang dihasilkan

WordArt 3:  Geografi Tingkatan 4, Unit 8 Tumbuh-tumbuhan semulajadi dan hidupan liar serta taburannya
Hasil pembelajaran:  Pelajar boleh menghasilkan peta I-think dengan menamakan tajuk yang sesuai dan mengkategorikan ciri-ciri hutan.

WordArt 4:  Geografi Tingkatan 4, Gabungan Unit 9 Kepentingan tumbuh-tumbuhan semulajadi dan hidupan liar  , Unit 10 Kesan kegiatan manusia terhadap tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar
Hasil pembelajaran:  Pelajar boleh menghasilkan peta I-think dengan mengkategorikan maklumat dalam WordArt kepada "kepentingan" dan "kesan".


No comments:

Post a Comment