OHP transparency..masih pakai kah?

Dalam pdpc abad ke-21, masih ada yang pakai OHP transparensi. Tak salah, asalkan ia mencapai objektif pembelajaran: Pelajar belajar. Tapi saya bukan menggunakannya untuk dipancarkan menggunakan projektor OHP. Saya menggunakan transparensi sebagai alat bantu mengajar. Alat yang saya biasa buat adalah segiempat grid dan protraktor.

Segiempat grid ini dibina menggunakan ms word kemudian dicetak pada kertas A4. Lepas itu fotostat ke atas kertas transparensi. Ini amat berguna untuk pelajar yang kurang mahir membaca rujukan grid 6 angka dalam kemahiran geografi.

Pelajar dapat membaca RG 6 angka dengan tepat

Selain daripada itu saya juga menggunakan transparensi untuk membuat protraktor (jangka sudut) dengan membuat sedikit pengubahsuaian pada protraktor tersebut.  Ini adalah kerana protraktor bulatan yang ada di pasaran mempunyai terlalu banyak angka yang sering mengelirukan pelajar. Protraktor yang saya hasilkan hanya mempunyai 4 angka sahaja... iaitu 0°, 90°, 180° dan 270°





No comments:

Post a Comment