Murid Tingkatan 1 belajar BAB 3 PETA LAKAR. Walaupun murid masuk alam persekolahan di sekolah menengah hanya 2 bulan tetapi murid berupaya untuk melukis peta lakar dengan baik sekiranya kita mengajar mereka melukis dengan cara yang betul.
Saya menggunakan aplikasi google maps. Cari kawasan yang murid biasa seperti kawasan sekolah. Screenshot "default map" dan "satellite map" kawasan tersebut.
Default map adalah untuk memudahkan murid melukis rangka dan jalan raya manakala satellite map membantu murid mengenal pasti pandang darat fizikal dan budaya dalam peta.
Di bawah ini adalah peta lakar kawasan sekolah yang dilukis oleh murid Tingkatan 1.
