Aplikasi Merge merupakan satu alat AR/VR (augmented reality/
virtual reality) yang dapat melibatkan murid mempelopori pembelajaran kerana ia
meningkatkan perasaan ingin tahu murid dalam mempelajari sesuatu pengetahuan
yang baharu. Aplikasi ini memerlukan
alat yang dipanggil sebagai Merge Cube, yang merupakan alat yang membolehkan
murid memanipulasikan melalui scrin sentuh (touch screen) laptop ataupun
telefon bimbit. Merge Cube Galaxy yang saya guna merupakan alat pembelajaran interaktif yang membolehkan murid “memegang” dan meneroka model 3D Bumi, atmosfera dan objek angkasa hanya dengan menggunakan telefon pintar atau tablet.
Apa itu Merge Cube Galactic Explorer?
Merge Cube ialah seketul kiub fizikal yang berfungsi sebagai pencetus kepada visual AR. Dengan hanya memuat turun aplikasi Galaxy AR atau Merge EDU dan mengimbas kiub ini menggunakan peranti, murid dapat melihat imej holografik seperti struktur lapisan Bumi, orbit planet, atau sistem atmosfera yang terapung di tangan mereka.
Langkah melaksanakan:
1. Muat-turun templat Merge Cube, cetak, gunting dan lipat menjadi bentuk kotak.
2. Muat-turun apps Galactic Explorer for Merge Cube dari windows store ke dalam laptop scrin sentuh (touch screen) seperti Surface Pro, atau dari google playstore dalam telefon bimbit
3. Buka apps Galactic Explorer dan
letak Merge Cube di depan scrin laptop.