Persediaan utk digital classroom 2013 - 2017

Nak berkejar dengan teknologi. Bagi orang yang kurang arif tentang teknologi, bukan senang nak berjinak-jinak dengan teknologi. Segalanya kena belajar dari asas.

Saya mula mengajar pada tahun 1993. Masa itu belum mampu beli komputer lagi. Setiap kali menaip soalan atau buat nota untuk pelajar, kena guna mesin taip yang besar itu. Kadang-kala jari tersangkut ke dalam kekunci itu.

Pada tahun 1995, saya beli komputer desktop yang pertama.

Alat teknologi yang paling canggih saya guna pun hanyalah komputer desktop yang pakai floppy disc 5 1/4 inci, kemudian 3 1/2 inci dengan printer pinwriter yang bunyi bising itu.

Lepas itu, pada tahun 2001 saya pasang internet untuk memudahkan saya mencari maklumat kerana mengikut cuti belajar bergaji penuh masa itu.  Kelajuan internet pada masa itu ......tak payah cakap.

Kemudian tukar kepada laptop jenama Acer, lalu beli satu lagi Dell Studio.

Di sekolah, masalah menempah Bilik Akses dan Bilik AVA untuk penggunaan LCD projektor menyebabkan saya terpaksa beli projektor sendiri. Pada tahun 2013, saya pergi ke Lowyat beli projektor pertama saya. Jenama Toshiba DLP SDW30 harga RM2000 lebih. Saya juga membeli dongle yang pertama saya disini.  Laptop saya sambung ke projektor menggunakan app MirrorOp Lite.

Kemudian saya pergi PC fair dan tertarik dengan fungsi laptop yang mirip tablet dan ada S-pen. Yang paling penting ia ringan.  Maka, saya "melabur" lagi membeli laptop Samsung Ativ Tab 2.


Samsung Ativ Tab 2 dan Projector Toshiba DLP SDW30
Namun, selepas 2 tahun menggunakan projektor ini, imej menjadi kuning dan tidak jelas. Kemudian saya beli lagi projektor yang jenama sama (second-hand daripada rakan saya yang bersara) yang saya guna sehingga hari ini. 

Tahun lalu 2016, saya mula beli Surface Pro 4, (sebenarnya sudah lama idam-idamkan sejak Surface pertama muncul di pasaran). Harganya cukup cantik.  Laptop disambug ke projektor menggunakan microsoft wireless display adapter (WDA).  WDA dibeli sebab windows 10 tidak support dongle yang saya beli dulu.  Surface Pro 4 dipilih juga sebab ia ada fungsi digital ink yang jauh lebih canggih daripada samsung activ tab dulu apabila pen dan tangan sentuh screen, kedua-duanya memberi kesan kepada gambar yang dilukis.


Tapi baru-baru ini WDA telah menimbulkan banyak masalah kepada saya kerana asyik putus-putus. Banyak cara telah saya cuba tapi masalah tidak berjaya. Akhirnya saya tukar sambung dengan kabel mini HDMI ke HDMI sahaja. Inilah kisah persediaan saya untuk digital classroom.... banyak dugaan tapi bertekad untuk cuba.

No comments:

Post a Comment