APLIKASI MENJANA FAKTA UNTUK ESEI GEOGRAFI

Semasa menyemak latihan esei atau kertas ujian murid, saya mendapati masih ramai murid kekurangan fakta untuk menulis esei bagi soalan geografi. Kadang-kala fakta yang diberikan pula kurang tepat atau mirip kepada karangan Bahasa Melayu. Penggunaan istilah Geografi masih lemah.

Dengan ini saya mendapat idea untuk menghasilkan satu aplikasi menggunakan google scripts yang boleh menjana fakta bagi soalan esei berdasarkan jenis soalan yang ditanya. Scripts ini hanya berfungsi menggunakan laptop atau komputer dan bukan tablet atau telefon bimbit.  Diharap fakta yang dijana dapat memerangsangkan murid untuk memikirkan jawapan yang sesuai di samping memikirkan cara menghuraikan fakta tersebut. Moga dengan adanya panduan ini, murid ada idea dalam menulis esei Geografi dan tidak membiarkan soalan tidak terjawab.